summaryrefslogtreecommitdiffhomepage
path: root/ms-my/clojure-my.html.markdown
diff options
context:
space:
mode:
authorBurhanuddin Baharuddin <burhan_loey@yahoo.com.my>2017-05-01 20:27:46 +0800
committerven <vendethiel@hotmail.fr>2017-05-01 14:27:46 +0200
commit2aec0203804d9e952385cb8fc4cf157a0426f2c1 (patch)
tree284da11ea25f38816ca406e12ac53af70a28f61b /ms-my/clojure-my.html.markdown
parentb890a98a49c9bed1c304d11e58331eb76bcb2c04 (diff)
Add clojure translation for ms-my (#2718)
Diffstat (limited to 'ms-my/clojure-my.html.markdown')
-rw-r--r--ms-my/clojure-my.html.markdown419
1 files changed, 419 insertions, 0 deletions
diff --git a/ms-my/clojure-my.html.markdown b/ms-my/clojure-my.html.markdown
new file mode 100644
index 00000000..6ae6b4be
--- /dev/null
+++ b/ms-my/clojure-my.html.markdown
@@ -0,0 +1,419 @@
+---
+language: clojure
+filename: learnclojure-ms.clj
+contributors:
+ - ["Adam Bard", "http://adambard.com/"]
+translators:
+ - ["Burhanuddin Baharuddin", "https://github.com/burhanloey"]
+lang: ms-my
+---
+
+Clojure ialah salah satu bahasa pengaturcaraan dalam keluarga Lisp yang dibangunkan untuk Java Virtual Machine. Ia lebih
+menekankan kepada konsep [functional programming](https://en.wikipedia.org/wiki/Functional_programming) jika dibandingkan
+dengan Common Lisp, tetapi juga menyediakan kemudahan [STM](https://en.wikipedia.org/wiki/Software_transactional_memory)
+untuk mengendalikan *state* apabila diperlukan.
+
+Gabungan tersebut membolehkan Clojure untuk mengendalikan beberapa proses serentak (*concurrency*) dengan mudah,
+dan kebiasaannya secara automatik.
+
+(Anda perlukan Clojure versi 1.2 ke atas)
+
+
+```clojure
+; Komen bermula dengan koma bertitik (*semicolon*).
+
+; Clojure ditulis dalam bentuk yang seragam, iaitu
+; senarai perkataan di dalam kurungan (*parentheses*), dipisahkan dengan ruang kosong (*whitespace*).
+;
+; Pembaca Clojure akan menganggap bahawa perkataan pertama dalam senarai tersebut
+; sebagai *function* atau *macro* untuk digunakan, dan yang selebihnya sebagai *arguments*.
+
+; Panggilan pertama di dalam fail Clojure mestilah bermula dengan ns, untuk menentukan *namespace*
+(ns learnclojure)
+
+; Contoh-contoh asas yang lain:
+
+; str akan mewujudkan sebuah string daripada beberapa *argument*
+(str "Hello" " " "World") ; => "Hello World"
+
+; Operasi matematik pun mudah
+(+ 1 1) ; => 2
+(- 2 1) ; => 1
+(* 1 2) ; => 2
+(/ 2 1) ; => 2
+
+; Tanda = boleh digunakan untuk membuat perbandingan yang sama
+(= 1 1) ; => true
+(= 2 1) ; => false
+
+; Gunakan not untuk mengubah lojik
+(not true) ; => false
+
+; Bentuk *nested* berfungsi seperti yang dijangkakan
+(+ 1 (- 3 2)) ; = 1 + (3 - 2) => 2
+
+; Type (Jenis Data)
+;;;;;;;;;;;;;
+
+; Clojure menggunakan jenis *object* dari Java untuk *boolean*, *string* dan nombor.
+; Gunakan `class` untuk memeriksa jenis sesebuah data.
+(class 1) ; Secara *default* jenis data untuk Integer ialah java.lang.Long
+(class 1.); Jenis data untuk Float pula ialah java.lang.Double
+(class ""); *String* sentiasa berada dalam tanda petikan (*quotation mark*), dan merupakan java.lang.String
+(class false) ; *Boolean* ialah java.lang.Boolean
+(class nil); Nilai "null" dipanggil nil
+
+; Jika mahu membuat senarai data secara harfiah, gunakan ' untuk elakkan senarai tersebut
+; daripada terus berfungsi
+'(+ 1 2) ; => (+ 1 2)
+; (singkatan untuk (quote (+ 1 2)))
+
+; Senarai data secara harfiah boleh berfungsi menggunakan eval
+(eval '(+ 1 2)) ; => 3
+
+; Collection & Sequence (Koleksi & Urutan)
+;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
+
+; *List* ialah struktur data *linked-list*, manakala *Vector* pula berasaskan *array*.
+; *Vector* dan *List* juga merupakan *class* dari Java!
+(class [1 2 3]); => clojure.lang.PersistentVector
+(class '(1 2 3)); => clojure.lang.PersistentList
+
+; Sesebuah *list* boleh ditulis seperti (1 2 3), tetapi kita perlu meletakkan '
+; untuk mengelakkannya daripada berfungsi.
+; Juga, (list 1 2 3) adalah sama dengan '(1 2 3)
+
+; "Collections" hanyalah kumpulan data
+; Kedua-dua *list* dan *vector* ialah collection:
+(coll? '(1 2 3)) ; => true
+(coll? [1 2 3]) ; => true
+
+; "Sequences" (seq) ialah kriteria untuk sesebuah senarai data.
+; Hanya list yang dikira sebagai seq.
+(seq? '(1 2 3)) ; => true
+(seq? [1 2 3]) ; => false
+
+; Sesebuah seq hanya perlukan satu kemasukan data untuk diakses.
+; Jadi, seq yang boleh jadi *lazy* (malas) -- boleh menjadi tidak terkira (*infinite*):
+(range 4) ; => (0 1 2 3)
+(range) ; => (0 1 2 3 4 ...) (tiada penghujung)
+(take 4 (range)) ; (0 1 2 3)
+
+; Gunakan cons untuk menambah sesuatu di awal sesebuah list atau vector
+(cons 4 [1 2 3]) ; => (4 1 2 3)
+(cons 4 '(1 2 3)) ; => (4 1 2 3)
+
+; Conj akan menambah sesuatu ke dalam collection dengan paling berkesan.
+; Untuk list, data tersebut dimasukkan di permulaan. Untuk vector, dimasukkan di pengakhiran.
+(conj [1 2 3] 4) ; => [1 2 3 4]
+(conj '(1 2 3) 4) ; => (4 1 2 3)
+
+; Gunakan concat untuk menggabungkan list atau vector
+(concat [1 2] '(3 4)) ; => (1 2 3 4)
+
+; Gunakan filter dan map untuk berinteraksi dengan data di dalam collection
+(map inc [1 2 3]) ; => (2 3 4)
+(filter even? [1 2 3]) ; => (2)
+
+; Gunakan reduce untuk dikecilkan (kepada satu nilai)
+(reduce + [1 2 3 4])
+; = (+ (+ (+ 1 2) 3) 4)
+; => 10
+
+; Reduce boleh diberi nilai permulaan
+(reduce conj [] '(3 2 1))
+; = (conj (conj (conj [] 3) 2) 1)
+; => [3 2 1]
+
+; Function
+;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
+
+; Gunakan fn untuk membuat *function*. Sesebuah function pasti memulangkan semula
+; hasil daripada barisan yang terakhir.
+(fn [] "Hello World") ; => fn
+
+; (Anda perlukan satu lagi kurungan supaya function tersebut dikira)
+((fn [] "Hello World")) ; => "Hello World"
+
+; Anda boleh membuat var menggunakan def
+(def x 1)
+x ; => 1
+
+; Tetapkan sebuah function ke dalam var
+(def hello-world (fn [] "Hello World"))
+(hello-world) ; => "Hello World"
+
+; Proses di atas boleh diringkaskan menggunakan defn
+(defn hello-world [] "Hello World")
+
+; Tanda [] merupakan senarai argument untuk function tersebut.
+(defn hello [name]
+ (str "Hello " name))
+(hello "Steve") ; => "Hello Steve"
+
+; Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat function dengan lebih ringkas:
+(def hello2 #(str "Hello " %1))
+(hello2 "Fanny") ; => "Hello Fanny"
+
+; Anda juga boleh membuat satu function yang mempunyai beberapa bilangan argument
+(defn hello3
+ ([] "Hello World")
+ ([name] (str "Hello " name)))
+(hello3 "Jake") ; => "Hello Jake"
+(hello3) ; => "Hello World"
+
+; Function boleh diberi argument ekstra dalam bentuk seq
+(defn count-args [& args]
+ (str "You passed " (count args) " args: " args))
+(count-args 1 2 3) ; => "You passed 3 args: (1 2 3)"
+
+; Anda boleh letakkan sekali argument biasa dan argument ekstra
+(defn hello-count [name & args]
+ (str "Hello " name ", you passed " (count args) " extra args"))
+(hello-count "Finn" 1 2 3)
+; => "Hello Finn, you passed 3 extra args"
+
+
+; Map
+;;;;;;;;;;
+
+; Hash map dan array map menggunakan *interface* yang sama. Hash map lebih laju untuk diakses
+; tetapi tidak mengekalkan urutan.
+(class {:a 1 :b 2 :c 3}) ; => clojure.lang.PersistentArrayMap
+(class (hash-map :a 1 :b 2 :c 3)) ; => clojure.lang.PersistentHashMap
+
+; Arraymap akan bertukar menjadi hashmap secara automatik untuk kebanyakan operasi
+; apabila mereka menjadi semakin besar, jadi anda tidak perlu bimbang.
+
+; Map boleh menggunakan apa-apa sahaja jenis data sebagai key, tetapi kebiasaannya keyword adalah yang terbaik
+; Keyword adalah sama seperti string cuma lebih efisyen
+(class :a) ; => clojure.lang.Keyword
+
+(def stringmap {"a" 1, "b" 2, "c" 3})
+stringmap ; => {"a" 1, "b" 2, "c" 3}
+
+(def keymap {:a 1, :b 2, :c 3})
+keymap ; => {:a 1, :c 3, :b 2}
+
+; Oh, sebelum terlupa, tanda koma di atas hanya dianggap seperti whitespace, tak buat apa-apa.
+; Dapatkan nilai daripada map dengan menggunakannya seperti function
+(stringmap "a") ; => 1
+(keymap :a) ; => 1
+
+; Keyword juga boleh digunakan untuk mendapatkan nilai daripada map tersebut!
+(:b keymap) ; => 2
+
+; Jangan cuba teknik di atas menggunakan string, tak jadi.
+;("a" stringmap)
+; => Exception: java.lang.String cannot be cast to clojure.lang.IFn
+
+; Apabila key yang digunakan tidak wujud, map akan memberi nil
+(stringmap "d") ; => nil
+
+; Gunakan assoc untuk menambah key yang baru ke dalam hash-map
+(def newkeymap (assoc keymap :d 4))
+newkeymap ; => {:a 1, :b 2, :c 3, :d 4}
+
+; Tetapi ingat, data dalam clojure adalah *immutable* (tidak berubah)!
+keymap ; => {:a 1, :b 2, :c 3}
+
+; Gunakan dissoc untuk membuang key
+(dissoc keymap :a :b) ; => {:c 3}
+
+; Set
+;;;;;;
+
+(class #{1 2 3}) ; => clojure.lang.PersistentHashSet
+(set [1 2 3 1 2 3 3 2 1 3 2 1]) ; => #{1 2 3}
+
+; Tambah data menggunakan conj
+(conj #{1 2 3} 4) ; => #{1 2 3 4}
+
+; Buang data menggunakan disj
+(disj #{1 2 3} 1) ; => #{2 3}
+
+; Periksa kewujudan data dengan menggunakan set tersebut sebagai function:
+(#{1 2 3} 1) ; => 1
+(#{1 2 3} 4) ; => nil
+
+; Ada pelbagai lagi function untuk set di namespace clojure.sets.
+
+; Form yang berguna
+;;;;;;;;;;;;;;;;;
+
+; Lojik dalam clojure hanyalah sebuah macro, dan kelihatan seperti
+; yang lain
+(if false "a" "b") ; => "b"
+(if false "a") ; => nil
+
+; Gunakan let untuk membuat binding sementara
+(let [a 1 b 2]
+ (> a b)) ; => false
+
+; Kumpulkan beberapa statement sekali menggunakan do
+(do
+ (print "Hello")
+ "World") ; => "World" (prints "Hello")
+
+; Function sebenarnya ada do secara tersirat
+(defn print-and-say-hello [name]
+ (print "Saying hello to " name)
+ (str "Hello " name))
+(print-and-say-hello "Jeff") ;=> "Hello Jeff" (prints "Saying hello to Jeff")
+
+; Let pun sama
+(let [name "Urkel"]
+ (print "Saying hello to " name)
+ (str "Hello " name)) ; => "Hello Urkel" (prints "Saying hello to Urkel")
+
+
+; Gunakan *threading macro* (-> dan ->>) untuk menulis penggubahan data
+; dengan lebih jelas.
+
+; Macro "thread-first" (->) memasukkan hasil perkiraan ke setiap form
+; yang selepasnya, sebagai argument pertama (item yang kedua)
+(->
+ {:a 1 :b 2}
+ (assoc :c 3) ;=> (assoc {:a 1 :b 2} :c 3)
+ (dissoc :b)) ;=> (dissoc (assoc {:a 1 :b 2} :c 3) :b)
+
+; Code di atas boleh ditulis seperti ini:
+; (dissoc (assoc {:a 1 :b 2} :c 3) :b)
+; dan hasilnya ialah {:a 1 :c 3}
+
+; Yang dua anak panah pula membuat benda yang sama, tetapi memasukkan hasil perkiraan
+; setiap baris ke pengakhiran form selepasnya. Cara ini berguna untuk operasi
+; yang melibatkan collection:
+(->>
+ (range 10)
+ (map inc) ;=> (map inc (range 10)
+ (filter odd?) ;=> (filter odd? (map inc (range 10))
+ (into [])) ;=> (into [] (filter odd? (map inc (range 10)))
+ ; Result: [1 3 5 7 9]
+
+; Jika anda mahu lebih fleksibel untuk meletakkan hasil perkiraan,
+; anda boleh menggunakan macro `as->`. Dengan menggunakan macro tersebut,
+; anda boleh menentukan nama untuk output dan menggunakannya semula
+; ke dalam operasi berangkai:
+
+(as-> [1 2 3] input
+ (map inc input);=> You can use last transform's output at the last position
+ (nth input 2) ;=> and at the second position, in the same expression
+ (conj [4 5 6] input [8 9 10])) ;=> or in the middle !
+
+
+
+; Module
+;;;;;;;;;;;;;;;
+
+; Gunakan "use" untuk mendapatkan semua function daripada sesebuah module
+(use 'clojure.set)
+
+; Sekarang kita boleh menggunakan operasi untuk set
+(intersection #{1 2 3} #{2 3 4}) ; => #{2 3}
+(difference #{1 2 3} #{2 3 4}) ; => #{1}
+
+; Anda juga boleh memilih sebahagian daripada function untuk diimport
+(use '[clojure.set :only [intersection]])
+
+; Gunakan require untuk mengimport sesebuah module
+(require 'clojure.string)
+
+; Gunakan / untuk menggunakan function daripada module
+; Di sini, nama module tersebut ialah clojure.string dan function-nya ialah blank?
+(clojure.string/blank? "") ; => true
+
+; Anda juga boleh memberi nama yang lebih ringkas untuk module semasa import
+(require '[clojure.string :as str])
+(str/replace "This is a test." #"[a-o]" str/upper-case) ; => "THIs Is A tEst."
+; (#"" ialah ungkapan untuk regular expression, regex)
+
+; Anda boleh menggunakan require (dan use, tetapi elakkan) daripada namespace menggunakan :require.
+; Anda tidak perlu menulis semula nama module dengan cara ini.
+(ns test
+ (:require
+ [clojure.string :as str]
+ [clojure.set :as set]))
+
+; Java
+;;;;;;;;;;;;;;;;;
+
+; Java mengandungi banyak standard library yang kita boleh manfaatkan, jadi
+; anda patut tahu bagaimana untuk menggunakannya.
+
+; Gunakan import untuk load module java
+(import java.util.Date)
+
+; Anda juga boleh import menggunakan ns.
+(ns test
+ (:import java.util.Date
+ java.util.Calendar))
+
+; Gunakan nama class berserta "." di hujungnya untuk membuat object baru
+(Date.) ; <object date>
+
+; Gunakan . untuk menggunakan method. Atau gunakan shortcut seperti ".method"
+(. (Date.) getTime) ; <sebuah timestamp>
+(.getTime (Date.)) ; sama sahaja.
+
+; Gunakan / untuk menggunakan static method
+(System/currentTimeMillis) ; <sebuah timestamp> (System sentiasa wujud dalam Java)
+
+; Gunakan doto untuk menjadikan proses yang melibatkan class mutable (boleh berubah) lebih mudah
+(import java.util.Calendar)
+(doto (Calendar/getInstance)
+ (.set 2000 1 1 0 0 0)
+ .getTime) ; => Sebuah Date. yang ditetapkan kepada 2000-01-01 00:00:00
+
+; STM
+;;;;;;;;;;;;;;;;;
+
+; Software Transactional Memory ialah mekanisme dalam Clojure untuk mengendalikan
+; state yang kekal berterusan. Ada beberapa kaedah dalam Clojure yang menggunakan teknik tersebut.
+
+; Atom adalah yang paling mudah. Letakkannya sewaktu meletakkan nilai permulaan.
+(def my-atom (atom {}))
+
+; Kemas kini sebuah atom menggunakan swap!.
+; swap! mengambil satu function dan menggunakannya menggunakan nilai asal atom
+; sebagai argument pertama, dan argument selebihnya sebagai argument kedua
+(swap! my-atom assoc :a 1) ; Tetapkan my-atom kepada hasil perkiraan (assoc {} :a 1)
+(swap! my-atom assoc :b 2) ; Tetapkan my-atom kepada hasil perkiraan (assoc {:a 1} :b 2)
+
+; Gunakan '@' untuk mendapatkan nilai daripada atom
+my-atom ;=> Atom<#...> (memberi object atom itu sendiri)
+@my-atom ; => {:a 1 :b 2}
+
+; Ini adalah contoh untuk mengira menggunakan atom
+(def counter (atom 0))
+(defn inc-counter []
+ (swap! counter inc))
+
+(inc-counter)
+(inc-counter)
+(inc-counter)
+(inc-counter)
+(inc-counter)
+
+@counter ; => 5
+
+; Kaedah lain yang menggunakan STM ialah ref dan agent.
+; Ref: http://clojure.org/refs
+; Agent: http://clojure.org/agents
+```
+
+### Bacaan Lanjut
+
+Ini masih belum lengkap, tetapi harap-harap cukup untuk membuatkan anda lebih bersedia.
+
+Clojure.org mempunyai banyak artikel:
+[http://clojure.org/](http://clojure.org/)
+
+Clojuredocs.org mempunyai dokumentasi berserta contoh untuk menggunakan kebanyakan function teras:
+[http://clojuredocs.org/quickref/Clojure%20Core](http://clojuredocs.org/quickref/Clojure%20Core)
+
+4Clojure ialah cara yang baik untuk mengasah skill Clojure dan functional programming:
+[http://www.4clojure.com/](http://www.4clojure.com/)
+
+Clojure-doc.org (yup, serius) juga mengandungi beberapa artikel sebagai permulaan:
+[http://clojure-doc.org/](http://clojure-doc.org/)