summaryrefslogtreecommitdiffhomepage
path: root/ms-my/json-my.html.markdown
diff options
context:
space:
mode:
authorDavid Hsieh <davidhsiehlo@gmail.com>2016-03-11 08:39:55 -0600
committerDavid Hsieh <davidhsiehlo@gmail.com>2016-03-11 08:39:55 -0600
commitceb99e14019672309ca80350054b7bb1a6642a48 (patch)
tree1cca5af13a146c0a36ef760b6264d18875290ec0 /ms-my/json-my.html.markdown
parent51c2f7ce28caf1cc654bcafc4063f3012cc2f0c3 (diff)
parent8d1e2e31ef9c62e2833ccb83cde78caef668f044 (diff)
Merge branch 'adambard-master' into r-spanish
Diffstat (limited to 'ms-my/json-my.html.markdown')
-rw-r--r--ms-my/json-my.html.markdown102
1 files changed, 102 insertions, 0 deletions
diff --git a/ms-my/json-my.html.markdown b/ms-my/json-my.html.markdown
new file mode 100644
index 00000000..2d2da519
--- /dev/null
+++ b/ms-my/json-my.html.markdown
@@ -0,0 +1,102 @@
+---
+language: json
+filename: learnjson-ms.json
+contributors:
+ - ["Anna Harren", "https://github.com/iirelu"]
+ - ["Marco Scannadinari", "https://github.com/marcoms"]
+ - ["himanshu", "https://github.com/himanshu81494"]
+ - ["Michael Neth", "https://github.com/infernocloud"]
+translators:
+ - ["abdalim", "https://github.com/abdalim"]
+lang: ms-my
+---
+
+Disebabkan JSON adalah format pertukaran-data yang sangat ringkas, panduan ini
+kemungkinan besar adalah Learn X in Y Minutes yang paling mudah.
+
+JSON dalam bentuk paling aslinya sebenarnya tidak mempunyai sebarang komentar,
+tetapi kebanyakan pembaca menerima komen dalam bentuk C (`\\`,`/* */`). Beberapa
+pembaca juga bertoleransi terhadap koma terakhir (iaitu koma selepas elemen
+terakhir di dalam array atau selepas ciri terakhir sesuatu objek), tetapi semua
+ini harus dielakkan dan dijauhkan untuk keserasian yang lebih baik.
+
+Untuk tujuan ini bagaimanapun, semua di dalam panduan ini adalah 100% JSON yang
+sah. Luckily, it kind of speaks for itself.
+
+Sebuah nilai JSON harus terdiri dari salah satu, iaitu, nombor, string, array,
+objek atau salah satu dari nama literal berikut: true, false, null.
+
+Pelayar web yang menyokong adalah: Firefox 3.5+, Internet Explorer 8.0+, Chrome
+1.0+, Opera 10.0+, dan Safari 4.0+.
+
+Sambungan fail untuk fail - fail JSON adalah ".json" dan jenis MIME untuk teks
+JSON adalah "application/json".
+
+Banyak bahasa aturcara mempunyai fungsi untuk menyirikan (mengekod) dan
+menyah-sirikan (men-dekod) data JSON kepada struktur data asal. Javascript
+mempunyai sokongon tersirat untuk memanipulasi teks JSON sebagai data.
+
+Maklumat lebih lanjut boleh dijumpai di http://www.json.org/
+
+JSON dibina pada dua struktur:
+* Sebuah koleksi pasangan nama/nilai. Di dalam pelbagai bahasa aturcara, ini
+direalisasikan sebagai objek, rekod, "struct", "dictionary", "hash table",
+senarai berkunci, atau "associative array".
+* Sebuah senarai nilai yang tersusun. Dalam kebanyakan bahasa aturcara, ini
+direalisasikan sebagai array, vektor, senarai atau urutan.
+
+Sebuah objek dengan pelbagai pasangan nama/nilai.
+
+```json
+{
+ "kunci": "nilai",
+
+ "kekunci": "harus sentiasa dibalut dengan 'double quotes'",
+ "nombor": 0,
+ "strings": "Hellø, wørld. Semua unicode dibenarkan, bersama \"escaping\".",
+ "ada bools?": true,
+ "tiada apa - apa": null,
+
+ "nombor besar": 1.2e+100,
+
+ "objek": {
+ "komen": "Sebahagian besar struktur akan terdiri daripada objek.",
+
+ "array": [0, 1, 2, 3, "Array boleh mempunyai sebarang jenis data di dalamnya.", 5],
+
+ "objek lain": {
+ "komen": "Objek boleh dibina dengan pelbagai lapisan, sangat berguna."
+ }
+ },
+
+ "kebendulan": [
+ {
+ "punca potassium": ["pisang"]
+ },
+ [
+ [1, 0, 0, 0],
+ [0, 1, 0, 0],
+ [0, 0, 1, "neo"],
+ [0, 0, 0, 1]
+ ]
+ ],
+
+ "stail alternatif": {
+ "komen": "cuba lihat ini!"
+ , "posisi koma": "tidak mengapa - selagi ia adalah sebelum nama atau kunci seterusnya, maka ia sah"
+ , "komen lain": "sungguh bagus"
+ }
+}
+```
+
+Sebuah array sahaja yang mengandungi nilai - nilai juga adalah JSON yang sah.
+
+```json
+[1, 2, 3, "text", true]
+```
+
+Objek - objek boleh menjadi sebahagian dari array juga.
+
+```json
+[{"nama": "Abe", "umur": 25}, {"nama": "Jemah", "umur": 29}, {"name": "Yob", "umur": 31}]
+```